Harga Ron97 Kekal Selepas GST

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2015 11:14 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Harga runcit RON97 pada RM2.25 seliter bagi April sudah diambil kira Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) sebanyak 6 peratus, menurut Kementerian Kewangan.

"Harga RON97 itu kekal tidak berubah seperti harga pada bulan Mac, tidak seperti apa yang dilaporkan dalam sebuah akhbar iaitu harga RON97 adalah RM2.385 selepas CBP," kata seorang jurucakap kementerian ketika dihubungi Bernama.

CBP akan dilaksanakan mulai hari ini (1 Arpil).

Pada Selasa, RON95, RON97 dan diesel bagi April 2015 diumumkan kekal pada harga bulan Mac.

Sehubungan itu, harga RON95 tidak berubah pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter.

Tags / Kata Kunci: GST , Ron97

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan