'Saya Ingin Kembali Jadi Wartawan' - CEO Malaysian Insider

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2015 2:34 PM

Kay Tat (kiri) dan Jahabar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq yang dibebaskan pada Rabu selepas ditahan semalaman berkata, beliau tidak sabar untuk kembali bertugas.

Jahabar, yang dibebaskan dari Balai Polis Dang Wangi kira-kira pukul 12.35 tengah hari sambil memberikan senyuman kepada sekumpulan pemberita yang menunggunya di luar malah turut mempelawa untuk makan tengah hari bersama.

"Mereka (polis) amat profesional mengambil keterangan kami. Saya berterima kasih kepada polis kerana melayani kami dengan baik. Saya masih tidak tahu mengapa mereka menahan kami di bawah Akta Hasutan," katanya.

Ditanya apa yang keadaannya, beliau cuma berkata "busuk".

"Saya mahu mandi. Saya mahu makan tengah hari. Saya berada di pihak yang tidak sepatutnya di kalangan kamera dan mikrofon. Saya mahu kembali menjadi seorang wartawan. Terima kasih," kata Jahabar sebelum beredar.

Sementara itu, Penerbit The Edge, Ho Kay Tat meninggalkan balai polis pada pukul 12.30 tengah hari berkata, pihak polis dan pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melayani beliau dan Jahabar dengan baik.

"Mereka baharu sahaja mengambil keterangan kami," kata Ho kepada pemberita.

Ho dan Jahabar ditahan pada Selasa di bawah Akta Hasutan berhubung penyiaran satu artikel di portal The Malaysian Insider minggu lalu.


iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan