Viral: Video Pergaduhan Kumpulan Gadis Dengan Pemandu Teksi

Diterbitkan: Selasa, 31 Mac 2015 8:50 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rakaman video menunjukkan pertengkaran di antara seorang pemandu teksi dan sekumpulan gadis telah menjadi viral di media sosial.

Video itu menunjukkan kumpulan tersebut bertengkar dengan seorang pemandu teksi, berhubung satu kemalangan kecil melibatkan kenderaan masing-masing.

Jeritan 'bodoh' dan kata-kata makian lain boleh didengar dalam video tersebut.

Salah seorang daripada kumpulan gadis terbabit dilihat telah menghampiri individu yang memegang kamera dan sambil menjerit.

Ini diikuti oleh bunyi seperti seseorang sedang dipukul dan teriakan yang dapat didengar dalam rakaman video yang diambil dalam keadaan bergoyang.

Terdapat juga seorang individu yang dikenal pasti cuba campur tangan dan meminta mereka membuat laporan polis.

Rakaman video itu kemudian menunjukkan gambar kesan lebam pada muka dan telinga seorang gadis, tetapi tidak menyatakan bagaimana kecederaan itu berlaku.

Posting di Facebook oleh Syed Farieh Hassan, bapa saudara kepada dua gadis kumpulan itu yang turut terlibat dalam pertengkaran mendakwa bahawa pemandu teksi telah menyebabkan kecederaan fizikal terhadap gadis tersebut.

"Pemandu teksi ini memukul anak saudara perempuan saya selepas kereta mereka terlibat dalam kemalangan. Sekarang dia berada di balai polis dan abang saya sedang menuntut supaya dia ditahan reman.

"Sesiapa pun yang bersalah, dia tidak berhak untuk menjadi pembuli jalan raya," kata Syed dalam satu posting.

Posting tersebut turut memuatkan gambar kesan lebam pada muka anak saudara perempuannya, gambar teksi berserta nombor plat.
Tags / Kata Kunci: pemandu teksi , Syed Farieh Hassan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan