Perkhidmatan Monorail Bersambung Semula Sepenuhnya Pukul 4 Petang

Diterbitkan: Selasa, 31 Mac 2015 10:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Rapid KL Monorail beroperasi semula sepenuhnya pada jam 4 petang Selasa selepas beroperasi tanpa sokongan sistem isyarat kecemasan sejak Isnin berikutan kerosakan kabel transmisi.

Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail Monorail, Abdul Hadi Amran berkata sistem isyarat tidak dapat berfungsi sepenuhnya semalam disebabkan beberapa kabel optik gentian yang dipasang di dalam saluran di bawah laluan pandu rosak akibat digigit tikus.

"Pasukan kami dengan serta-merta mengambil tindakan untuk mengenal pasti lokasi dan membaiki kabel gentian optik yang rosak di belakang pejabat Telekom Malaysia berhampiran Jalan Tun Sambanthan.

"Jelas, kabel telah digigit tikus yang mengerumuni kawasan itu. Kami akan meningkatkan pemeriksaan ke atas kabel dan mengambil tindakan selanjutnya untuk menangani keadaan," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Beliau berkata dalam ketiadaan sistem isyarat, perkhidmatan monorel beroperasi secara manual berpandukan arahan daripada pusat kawalan yang seterusnya memastikan perkhidmatan berjalan lancar dengan tren berhenti lebih lama di stesen demi keselamatan penumpang.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata siasatan masih diteruskan terhadap insiden di Stesen Titiwangsa semalam apabila tayar getah tren monorel terbakar.

"Penemuan awal menunjukkan bahawa kebakaran itu mungkin disebabkan galas hab utama pecah, kerana terlalu panas, sesak dan mengheret tayar," kata beliau.

Beliau juga menyatakan kesal dan memohon maaf berikutan satu lagi insiden pagi ini, membabitkan tren sama empat koc yang terkandas semalam antara stesen Imbi dan stesen Bukit Bintang.

Tren itu, yang diperiksa dan diluluskan oleh pembina dan kontraktor penyelenggaraan, Scomi Engineering bagi operasi hari ini, menghadapi kehilangan kuasa semasa merapati Stesen Bukit Bintang dari Imbi, mengakibatkan ia terkandas di landasan dan menyebabkan perkhidmatan monorel mengalami gangguan sementara.

Bagaimanapun, tren terbabit dihantar ke Stesen Titiwangsa untuk pemeriksaan dan pembaikan selanjutnya.

Perkhidmatan kembali seperti biasa antara Stesen Imbi dan Stesen Bukit Bintang dengan impak minimum pada 9.25 pagi.

Abdul Hadi berkata siasatan terhadap punca insiden sedang dijalankan.
Tags / Kata Kunci: monorail , Rapid KL , Abdul Hadi Amran

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan