Pengundi Bakal Tolak PAS Pada PRU-14: Kit Siang

Diterbitkan: Selasa, 31 Mac 2015 1:03 PM

Lim Kit Siang.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS mungkin akan ditolak pengundi pada pilihan raya umum akan datang susulan langkah parti itu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Dalam satu kenyataan di laman blognya pada Selasa, penasihat DAP Lim Kit Siang mengakui bahawa ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat akan kehilangan undi yang lebih besar sekiranya pakatan pembangkang gagal diselamatkan.

Malah beliau memberi amaran bahawa PAS akan berhadapan kekalahan teruk.

"PAS berada dalam bahaya, kehilangan hampir semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di luar negeri-negeri di Utara akibat kelulusan Rang Undang-Undang Pindaan Kanun Jenayah Syariah 2015 dan pembentangan rang undang-undang persendirian berhubung pelaksanaan hudud oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Dengan kehilangan 30% undi bukan Melayu, PAS akan kehilangan tujuh kerusi Parlimen dan 29 kerusi DUN yang dimenangi pada PRU-13," katanya.

Penasihat DAP itu menegaskan PAS mungkin ditolak pengundi di Johor, Perak dan Melaka serta kehilangan jumlah undi lebih besar di Selangor, Pahang dan Kedah.

"PAS akan kehilangan kebanyakan kerusi Parlimen dan DUN di negeri-negeri di utara," kata Kit Siang.

Beliau berkata parti itu hanya akan mempertahankan 14 kerusi Parlimen dan 54 DUN.

Katanya, kekalahan PAS di Terengganu pada PRU 2004 dan Kedah pada 2013 seharusnya menjadi peringatan bahawa parti itu tidak harus memandang ringan sokongan yang diberikan rakyat terhadap mereka.

Malah, Kit Siang turut mengingatkan bahawa PAS mungkin boleh kehilangan kuasa di Kelantan.

Tags / Kata Kunci: Lim Kit Siang , hudud , PAS

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan