NUJ, NGO Kutuk Penahanan Editor TMI

Diterbitkan: Selasa, 31 Mac 2015 3:58 PM

Kay Tat (kanan) dan Jahabar Sadiq ditahan di bawah Akta Hasutan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sekumpulan wartawan dan badan bukan kerajaan (NGO) mengkritik penahanan empat editor The Malaysian Insider (TMI) dan seorang penerbit The Edge dibawah Akta Hasutan.

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) membidas penangkapan Pengarang Urusan TMI, Lionel Morais, Pengarang Bahasa Malaysianya, Zulkifli Sulong, Pengarang Berita, Amin Iskandar dan Penerbit The Edge, Ho Kay Tat berhubung artikel hudud PAS dengan menegaskan Akta Hasutan tidak patut digunakan ke atas mereka.

"Walaupun polis mempunyai hak untuk menyiasat sesiapa sahaja menerusi laporan yang dibuat kumpulan tertentu, kami, bagaimanapun merasakan bahawa Akta Hasutan disalahgunakan dalam kes ini.

"Penggunaan akta berkaitan dengan menakut-nakutkan media semakin meningkat sejak kebelakangan ini dan ia tidak boleh diterima media tempatan mahupun orang ramai," kata Setiausaha Agungnya, Schave Jerome De Rozario.

Beliau berkata NUJ melihat penggunaan akta tersebut terhadap wartawan sebagai satu cara untuk menakut-nakutkan dan menyekat kebebasan media.

Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan Pakatan Akhbar Asia Tenggara (Seapa) turut mengeluarkan kenyataan bersama bagi membantah penahanan tersebut.

"Jika polis mahu menyiasat TMI berhubung artikel itu, mereka boleh mengambil keterangan mereka yang terlibat tanpa perlu menahan mereka semalaman dan memohon perintah reman," menurut NGO tersebut.

Sementara itu, Jaringan Melayu Malaysia (JMM), menggesa lebih banyak tangkapan dilakukan membabitkan personaliti media.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Presiden JMM Azwanddin Hamzah berkata ahli lembaga pengarah The Edge Communication Sdn Bhd, Tong Kooi Ong, Ahmad Abdullah dan Tan Boon Kean juga perlu ditahan.

Beliau mendakwa ketiga-tiga individu tersebut bersama lima yang ditahan melakukan penghinaan terhadap agama Islam dan Majlis Raja-Raja.

"Organisasi media dibawah kumpulan tersebut sering menyerang Majlis Raja-Raja dan agama Islam," katanya.
Tags / Kata Kunci: TMI , NGO , kutuk , NUJ , tahanan

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan