20 Ahli Parlimen Pembangkang Bertemu Anwar Di Penjara

Diterbitkan: Selasa, 31 Mac 2015 2:26 PM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BULOH: Kira-kira 20 Ahli Parlimen pakatan pembangkang hadir di Penjara Sungai Buloh di sini pada Selasa bagi mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan kerana kesalahan meliwat.

Kesemua wakil rakyat terdiri daripada PKR, PAS dan DAP itu dilihat memasuki pagar utama penjara kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Terdahulu, Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika ditemui berkata, kehadiran kumpulan wakil rakyat itu adalah bagi mendapatkan nasihat Anwar yang ditahan di sini sejak 10 Februari lalu berhubung pelbagai isu semasa.

Menurut Shamsul, antara isu yang dibincangkan ialah perjalanan persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung hingga 9 April ini.

"Beliau masih lagi Ketua Pembangkang, jadi kita perlu mendapatkan nasihatnya berhubung banyak isu sebelum kami mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.

"Datuk Seri Anwar masih perlu memainkan peranannya sebagai Ketua Pembangkang. Kami perlu maklumkan perkembangan terkini pelbagai rang undang-undang yang akan diluluskan pada sesi persidangan kali ini," katanya di sini.

Menurut Shamsul lagi, Pengarah Penjara Sungai Buloh, Narender Singh sudah dimaklumkan mengenai kunjungan Ahli Parlimen pembangkang itu.

Anwar kini ditahan di Penjara Sungai Buloh selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tags / Kata Kunci: Penjara Sungai Buloh , Parlimen , Liwat

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan