Jabatan Kastam Berdepan Cabaran Sekat Khabar Angin Tidak Masuk Akal Tentang GST

Diterbitkan: Selasa, 31 Mac 2015 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Khabar angin menyatakan bahawa mas kahwin atau wang hantaran adalah tertakluk kepada Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Cakap-cakap seperti itu menyebabkan Jabatan Kastam perlu berdepan masa yang sukar kerana mereka perlu memberi penjelasan bahawa ia hanyalah spekulasi semata-mata.

"Terdapat banyak cakap-cakap tidak masuk akal tentang GST. Ia adalah satu cabaran untuk kami membetulkan maklumat yang salah kerana ramai orang akan berkongsi mengenainya tanpa memeriksa fakta terlebih dahulu.

"Apabila khabar angin itu menjadi viral, kita akan menanganinya tetapi kita tidak boleh memberitahunya kepada setiap seorang," kata Timbalan Pengarah Jabatan Kastam Tan Sim Kiat dalam satu temu bual.

Persoalan mengenai mas kahwin dan wang hantaran adalah sebahagian daripada soalan yang ditujukan kepadanya semasa forum.

"Sudah tentu ia tidak benar!" katanya.

Sesetengah wanita juga kecewa apabila mereka berfikir bahawa harga tuala wanita akan naik.

Tan memberi jaminan bahawa harganya sepatutnya tidak berbeza daripada harga semasa.

"Jenama seperti Kotex sudah mempunyai cukai jualan 10 peratus pada tanda harga. Orang ramai sudah dikenakan cukai ini sekarang tetapi mereka tidak menyedarinya."

Satu lagi salah faham yang menyebabkan beliau 'sakit kepala' adalah cakap-cakap bahawa pelanggan bank akan dikenakan cukai enam peratus daripada jumlah wang yang dikeluarkan dari mesin ATM.

"Anda hanya dikenakan GST terhadap bayaran MEPS antara bank sebanyak RM1, yang berjumlah enam sen."

Sesetengah orang juga menyangka bahawa perbelanjaan pengebumian tertakluk kepada GST.

Perbelanjaan pengebumian adalah berkadar sifar, kata Tan.
Tags / Kata Kunci: GST , Tan Sim Kiat

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan