The Star Pilihan Kelas Atasan

Diterbitkan: Selasa, 31 Mac 2015 9:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: The Star mempunyai bilangan paling ramai pembaca dengan pendapatan isi rumah lebih besar daripada RM8,000, menurut satu kaji selidik.

Kaji selidik Nielsen Consumer and Media View dari Januari-Disember 2014 menunjukkan bahawa 34 peratus daripada pembaca akhbar yang dimiliki oleh kumpulan itu, yang berada dalam kategori pendapatan tertinggi, telah membaca The Star.

Hampir semua (99 peratus) daripada mereka yang jatuh di bawah kategori pendapatan ini tinggal di kawasan bandar.

Kaji selidik itu juga melaporkan bahawa pembaca untuk akhbar harian berbahasa Inggeris kekal stabil untuk 2013 dan 2014, mencatatkan purata 1.4 juta pembaca setiap minggu.

Kebanyakan pembaca yang termasuk dalam kumpulan umur 20-39, membentuk 48 peratus daripada jumlah pembaca The Star.

Nielsen menggambarkan 2014 sebagai 'tahun yang bergelora' untuk Malaysia tetapi saluran televisyen, radio dan surat khabar kekal relevan, mencapai lapan daripada 10 rakyat Malaysia setiap minggu.

Laporan itu juga menunjukkan bahawa aktiviti internet menyaksikan pertumbuhan yang ketara, dengan rangkaian sosial adalah aktiviti yang paling biasa (91 peratus), diikuti oleh carian (80 peratus) dan e-mel (64 peratus).

Sementara itu, menurut Perkhidmatan Maklumat Pengiklanan Nielsen, The Star menyaksikan sedikit peningkatan dalam menarik perbelanjaan pengiklanan, mencecah RM157.6 juta bagi tempoh Januari hingga Februari tahun ini.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan