Anwar Dapat Katil Khas, Tandas Duduk - Johari Abdul

Diterbitkan: Selasa, 31 Mac 2015 3:07 PM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BULOH: Setelah dipindahkan dari sel ke Hospital Penjara Sungai Buloh, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini diberi keistimewaan tambahan dan berbeza daripada banduan lain.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, selain diberikan katil khas, Ketua Pembangkang itu turut dibenar menggunakan tandas duduk berikutan masalah sakit tulang belakang yang dihadapinya.

"Beliau kini ditempatkan dalam klinik (hospital penjara). Datuk Seri Anwar juga diberi special bed  (katil khas) unntuk jaga tulang belakang.

"Bukan jamban (tandas) cangkung, tapi jamban duduk. Ini dua perkara berbeza daripada orang lain. Mereka ambil berat tentang masalah sakit belakang itu," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Johari bersama kira-kira 20 Ahli Parlimen pembangkang hadir ke Penjara Sungai Buloh untuk melawat Anwar yang ditahan di sini sejak 10 Februari lalu.

Bagaimanapun hasrat kumpulan wakil rakyat itu gagal kerana hanya peguam dan ahli keluarga Anwar dibenar untuk berbuat demikian.

Begitupun hanya Johari serta Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dibenarkan bertemu Pengarah Penjara Sungai Buloh, Narender Singh bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung Anwar.


Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim , Penjara

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan