Video Karpal Singh: 'Tiada Siapa Sokong Saya Tentang Hudud'

Diterbitkan: Isnin, 30 Mac 2015 6:32 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebuah video telah muncul, menunjukkan mendiang Karpal Singh menyuarakan kekecewaannya terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang lain yang tidak berdiri bersama beliau dalam menentang hudud.

"Apabila datang kepada undang-undang hudud, tiada siapa yang menyokong saya. Sama ada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng atau orang lain. Ia memalukan. Mereka perlu juga bertaubat," kata peguam veteran itu dalam video tahun 2009.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu kekal sebagai seorang yang lantang menentang hudud, yang menentukan hukuman di bawah undang-undang Islam sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun lepas.

Datuk Seri Ti Lian Ker berkata adalah jelas bahawa veteran DAP Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng 'tidak seikhlas' rakan pemimpin mereka itu apabila menentang hudud yang ingin dilaksanakan PAS.

"Bagi Karpal,'langkah mayat saya' dulu kerana beliau sedar dengan tipu muslihat PAS, manakala bagi Lim Guan Eng pula, 'biarkan ia diluluskan dulu'," kata pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA itu.

Beliau berkata ini kerana Guan Eng tahu DAP memerlukan sokongan PAS untuk membentuk kerajaan di peringkat negeri atau Persekutuan.

Lian Ker berkata minda Karpal tidak kabur atau dicemari oleh keinginan yang sama.

Merujuk kepada perkara ini, beliau berkata DAP telah mengubah matlamat daripada mahu menjadi pembangkang yang kuat kepada parti yang mahu memerintah, walaupun ia bermakna 'bekerjasama dengan PAS' dalam kes melibatkan seorang bapa dan anak lelakinya.
Tags / Kata Kunci: Karpal Singh , Lim Kit Siang , Lim Guan Eng , hudud

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan