SKMM Serbu Pejabat The Malaysian Insider

Diterbitkan: Isnin, 30 Mac 2015 7:38 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Isnin menyerbu pejabat portal berita The Malaysian Insider.

"Pada dasarnya mereka datang ke sini untuk mencari komputer tetapi mereka masih belum merampas apa-apa.

"Mereka berada di sini kerana cerita mengenai Majlis Raja-Raja," kata peguam Syahredzan Johan ketika dihubungi.

Beliau bercakap dari pejabat portal itu di Mutiara Damansara  kira-kira pukul 6.30 petang Isnin.

Dipercayai bahawa pegawai SKMM tiba di situ pada pukul 5.52 petang.

Empat hari lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menulis di akaun Twitter @KBAB51 bahawa polis akan memanggil ketua editor portal dalam talian itu berhubung artikel yang diterbitkan.

Rabu lalu, portal itu memuat naik artikel yang menyatakan bahawa Majlis Raja-Raja telah menolak cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 semasa mesyuarat pada 11 Mac.

Artikel tersebut yang memetik sumber-sumber berkata, penolakan terhadap pindaan Akta Persekutuan telah dibuat pada mesyuarat yang dihadiri oleh semua Raja-Raja Melayu atau wakil-wakil mereka.

Namun pada Khamis, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad menafikan mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai hudud di Kelantan dan telah membuat laporan polis agar siasatan mengenai perkara itu dapat dijalankan.
Tags / Kata Kunci: Syahredzan Johan , hudud , Majlis Raja-Raja

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan