Kerajaan Tidak Cadang Laksana Sistem Tambatan Ringgit

Diterbitkan: Isnin, 30 Mac 2015 1:09 PM

Chua Tee Yong

Chua Tee Yong.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang melaksanakan sistem tambatan ringgit bagi menangani kejatuhan nilai ringgit ketika ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.

Beliau berkata kerajaan tidak melaksanakan dasar yang sama seperti krisis kewangan pada 1997-1998 berikutan kedudukan ekonomi Malaysia ketika ini berbeza berbanding situasi ketika itu.

Katanya ia disebabkan kedudukan ekonomi negara pada masa kini masih berada pada tahap kukuh.

"Keadaan semasa didorong perkembangan global seperti yang dialami negara serantau, yang penting aktiviti ekonomi kewangan negara masih tidak terjejas dan langkah ekstrem seperti tambatan ringgit untuk situasi ekstrem dan kita tidak mengalami situasi itu," katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, Isnin.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Ghafur Salleh (BN-Kalabakan) mengenai cadangan kerajaan melaksanakan tambatan ringgit sebagai pelan tindakan komprehensif kerajaan bagi menangani kejatuhan nilai ringgit sekiranya ekonomi negara dan dunia terus merudum.

Chua berkata Bank Negara juga mempunyai peruntukan undang-undang yang berkaitan untuk menghalang aktiviti spekulasi terhadap ringgit.

Terdahulu, menjawab mengenai pelan tindakan kerajaan, Chua berkata  penyusutan nilai ringgit akan menyebabkan peningkatan kos pengeluaran berikutan kenaikan harga bahan mentah yang diimport.

Bagaimanapun, katanya kesan itu akan diserap oleh harga bahan mentah yang lebih rendah susulan kejatuhan harga minyak global dan harga komoditi.

"Harga minyak mentah global turun 47 peratus sementara harga makanan dunia turun sebanyak 12 peratus sejak September 2014.

"Oleh itu kesan terhadap kos bagi pengeluar adalah terkawal. Ini ditunjukkan oleh Indeks Harga Pengeluar yang turun sebanyak 3.5 peratus antara September 2014 dan Januari 2015," katanya.

Chua bagaimanapun berkata kesan terhadap kadar inflasi adalah kecil memandangkan barangan import tidak termasuk petrol dan diesel mencakupi 7.2 peratus daripada bakul Indeks Harga Pengguna (IHP).

Beliau berkata ekonomi negara masih berada pada tahan kukuh dengan mencatat pertumbuhan yang mapan sebanyak enam peratus pada tahun 2014 berbanding 4.7 peratus pada 2013.

Katanya pertumbuhan ekonomi yang baik itu adalah hasil daripada pelbagai inisiatif yang diambil untuk mempelbagaikan ekonomi negara serta meningkatkan daya tahan dan daya saing negara.

"Pertumbuhan ekonomi ini dipacu oleh permintaan domestik dan asas-asas ekonomi kekal kukuh seperti kadar pengangguran yang rendah, sistem kewangan yang teguh dan rizab antarabangsa yang tinggi iaitu sebanyak U0S109.2 bilion (RM381.5 bilion)," katanya.

Tags / Kata Kunci: Chua Tee Yong , tambatan ringgit

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan