Sukma 2016: Selangor Digesa Ubah Slogan #KitaLawan - Berita Semasa | mStar

Sukma 2016: Selangor Digesa Ubah Slogan #KitaLawan

Diterbitkan: Isnin, 30 Mac 2015 2:44 PM

M.Saravanan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor diminta untuk mengetepikan politik daripada sukan dan mengubah slogan #KitaLawan untuk atletnya pada temasya Sukan Malaysia (Sukma 2016) di Sarawak.

"Slogan tersebut mempunyai konotasi politik dan tidak boleh digunakan.

"Negeri Selangor perlu menjauhkan politik daripada sukan kerana ia bukan slogan yang sesuai," kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M.Saravanan kepada pemberita di lobi Parlimen pada Isnin.

Walaupun mengakui bahawa slogan itu boleh ditafsirkan sebagai satu kaedah untuk memberikan motivasi kepada atlet mereka, beliau berkata #KitaLawan kini dikaitkan dengan gerakan protes untuk membebaskan pemimpin pembangkang yang dipenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saravanan berkata penggunaan slogan tersebut mungkin mengakibatkan beberapa atlet dari Selangor meninggalkan sukan tersebut sepenuhnya.

Pada Jumaat, logo Sukma Selangor didedahkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari selepas mempengerusikan mesyuarat dengan persatuan sukan di negeri itu.
Tags / Kata Kunci: #KitaLawan , M.Saravanan , Sukma 2016 , Selangor
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan