Dewan Rakyat: Kerajaan Bentang Tujuh RUU Termasuk Pota

Diterbitkan: Isnin, 30 Mac 2015 12:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Isnin membentangkan tujuh rang undang-undang (RUU) merangkumi dua akta baharu serta lima pindaan terhadap undang-undang sedia ada bagi membendung aktiviti jenayah di negara ini.

Dua akta baharu itu ialah RUU Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dan RUU Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015.

RUU berkenaan dibentangkang oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Isnin.

Bagi RUU Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015, diperuntukan kuasa kepada Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah Imigresen untuk menggantung atau membatalkan semua dokumen pejalanan Malaysia yang dikeluarkan kepada seseorang individu.

Berdasarkan Fasal 5 akta itu, dokumen perjalanan Malaysia milik seseorag boleh digantung dan dibatalkan bagi mencegah individu berkenaan membuat perjalanan ke luar negara untuk terlibat dengan perbuatan atau menyokong aktiviti keganasan.

Dinyatakan juga bahawa mana-mana individu yang dokumen perjalanannya digantung atau dibatalkan tidak boleh memperoleh dokumen perjalanan gantian atau sementara semasa perintah penggantungan atau pembatalan berkuat-kuasa.

"Seseorang yang melanggar kesalahan berkenaan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun," demikian menurut kandungan akta itu.

Selain itu berdasarkan Fasal 6 dan 7 akta yang sama,  memberi kuasa kepada menteri atas permintaan Ketua Polis Negara untuk memerintahkan penyerahan dokumen perjalanan asing seseorag itu bagi tempoh 14 hari.

"Permintaan dokumen perjalanan asing ini boleh dibuat selepas menteri berpuas hati bahawa orang itu mungkin meniggalkan Malaysia untuk terlibat dengan perbuatan keganasan yang melibatkan organisasi pengganas di negara asing.

"Penyerahan dokumen perjalanan asing perlu untuk mencegah orang itu daripada melakukan perbuatan itu," kata dokumen RUU itu lagi.

Sementara itu lima lagi akta sedia ada yang akan dipinda‎ termasuklah; rang undang-undang Penjara (Pindaan) 2015; Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2015; Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2015; Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2015; dan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2015.

Tags / Kata Kunci: RUU , Pota , Dewan Rakyat

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan