Perkembangan Terbaharu Situasi Keselamatan Di Yemen

Diterbitkan: Isnin, 30 Mac 2015 11:21 PM

(Ubah saiz teks)

UTRAJAYA: Kementerian Luar terus memantau rapi perkembangan semasa khususnya situasi keselamatan di Yemen.

Pada masa ini, majoriti rakyat Malaysia berada di empat bandar utama iaitu Sana'a (159 orang), Hodeidah (45 orang), Aden (75 orang) dan wilayah Hadramawt (600 orang).

Mereka dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Hadramawt dan Hodeidah adalah tenang dan tidak terjejas dengan serangan udara.

Walau bagaimanapun, Kedutaan telah meletakkan Sanaa, Aden dan Hodeidah di tahap berjaga-jaga, sejak kawasan-kawasan tersebut berada di bawah kawalan Houthis.

Kementerian Luar, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pertahanan bersama-sama dengan Kedutaan Besar Malaysia di Sana'a sedang menyelaraskan usaha evakuasi tersebut.

Kerajaan sedang mempertimbangkan semua pilihan yang ada bagi memindahkan rakyat kita keluar dari Yemen secepat mungkin.

Kementerian Luar juga memohon kerjasama rakyat Malaysia yang masih berada di Yemen untuk mendaftar dengan Kedutaan dalam kadar segera.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Sanaa, butiran adalah seperti berikut:

Alamat: Iran Street, Hadda, P.O. Box 16157
No.Tel: (00) 967-1-429781/(00) 967-1-42978
Emel : mwsanaa@kln.gov.my
Faks : (00) 967-1-429783

Bilik Operasi Kementerian Luar juga boleh dihubungi di talian 03-8887 4570 untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini.

Tags / Kata Kunci: Yemen , Wisma Putra , Houthis

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan