PAS Kekal Bersama Pakatan Rakyat - Mat Sabu

Diterbitkan: Isnin, 30 Mac 2015 8:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, parti itu kekal bersama Pakatan Rakyat.

Beliau yang dikenali sebagai Mat Sabu bagaimanapun berkata, perkara mengenai hubungan bersama pakatan itu tidak diperbincangkan dalam mesyuarat khas parti pada Isnin.

"Kami tidak bincangkannya hari ini, kami kekal dengan Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah isu hubungan bersama pakatan diperbincangkan dalam mesyuarat khas pada Isnin.

Konflik hubungan dalam Pakatan Rakyat berikutan tindakan PAS untuk membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang tidak dipersetujui parti sekutunya.

Sementara itu, Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, satu kenyataan bersama mengenai perkara itu telah dikeluarkan tahun lalu.

Jelasnya, hudud adalah hak kerajaan negeri Kelantan dan parti lain hanya boleh bersetuju atau tidak.

Tags / Kata Kunci: PAS , pakatan , Mat Sabu , hudud

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan