Pengurusan Banjir Lemah Kerana Kelantan Tidak Berkerjasama - PAC

Diterbitkan: Isnin, 30 Mac 2015 11:15 PM

Datuk Nur Jazlan Mohamed

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kegagalan kerajaan negeri Kelantan bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) merupakan antara punca pengurusan banjir di negeri itu lemah dan tidak teratur, menurut Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata dalam mesyuarat antara PAC dan majlis itu hari ini, MKN mengakui ada kelemahan dari segi perancangan pengurusan banjir berikutan timbul masalah kerjasama dengan kerajaan negeri itu.

"Sebelum ini tiada masalah kerjasama MKN dengan kerajaan negeri berkaitan banjir, tetapi tahun lalu kerjasama terputus sehingga buat pertama kalinya tiada mesyuarat koordinasi antara MKN dengan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di Bangunan Parlimen di sini Isnin.

Nur Jazlan bagaimanapun tidak diberitahu tentang punca kerjasama itu terputus.

Anggota Parlimen Pulai itu juga memberitahu MKN juga mengakui mempunyai kelemahan dari segi pengurusan semasa banjir yang terjadi pada akhir tahun lepas susulan skala banjir yang disifatkan luar biasa.

Pada mesyuarat berkenaan, Nur Jazlan berkata PAC juga dimaklumkan cadangan persedian MKN menghadapi kemungkinan banjir tahun ini, antaranya menggunakan kaedah saintifik termasuk ramalan cuaca bagi tujuan ramalan hujan dan lokasi-lokasi banjir.

"Mereka juga akan bertindak terhadap arahan kerajaan iaitu penambahbaikan terhadap dasar dan mekanisme bencana negara, SOP (prosedur operasi standard) memang telah ada tetapi nak dikemas kini sahaja menjelang musim banjir tahun ini," katanya.

Sementara itu, katanya hampir RM400 juta telah disalurkan kerajaan setakat ini untuk tujuan membantu mangsa terjejas banjir di beberapa negeri.

Nur Jazlan berkata jumlah berkenaan yang disalurkan melalui Kumpulan Wang Amanah Bencana Negara di bawah MKN merupakan sebahagian daripada peruntukan RM785 juta dana bantuan yang terdapat dalam tabung amanah tersebut.

Memperincikan jumlah itu, katanya sebanyak RM135,000 disalurkan kepada 27 keluarga yang mengalami kehilangan nyawa anggota keluarga dalam bencana alam itu dengan setiap keluarga menerima RM5,000.

"Manakala jumlah penerima bantuan wang ihsan sebanyak RM500 ialah seramai 276,720 mangsa (RM138,360,000) dan RM145 juta bagi pembinaan sebanyak 2,094 buah rumah kekal termasuk infrasruktur rumah tersebut," katanya.

Nur Jazlan berkata jumlah itu juga termasuk kos pembaikan rumah yang rosak sebanyak RM96 juta, bantuan pertanian sebanyak RM45 juta dan pelbagai rugi RM535,000.

Katanya peruntukan bantuan banjir kali ini dipantau oleh Jabatan Audit Negara dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengelak berlaku penyelewengan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan