#KitaLawan: BN, Pembangkang Bertikam Lidah

Diterbitkan: Isnin, 30 Mac 2015 8:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perhimpunan haram #KitaLawan terus menghangatkan perbahasan Dewan Rakyat apabila seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menggesa supaya polis mengambil tindakan tegas terhadap penyokong pakatan pembangkang.

Lebih panas apabila Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) mengingatkan penyokong pembangkang bahawa pencetus suasana keganasan mungkin akan 'diacukan pistol di kepala’ jika berada di luar negara.

"Kalau di negara lain, polis dah (acu) pistol di kepala. Apakah polis perlu tunduk dengan permintaan mereka atau perlu agresif dengan mereka yang bersikap begini?

"Terutama sekali kepada Kapar (G. Manivanan), tangkap dia dan masukkan ke dalam penjara,” kata Bung ketika mencelah perbahasan rang undang-undang perbekalan tambahan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Terdahulu, Bung Mokhtar membidas penganjuran perhimpunan #KitaLawan oleh pakatan pembangkang yang secara berterusan mengkritik sistem kehakiman negara, khususnya selepas sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kesalahan meliwat.

"Saya juga memerhati rakan-rakan disebelah sana (pembangkang), guna demonstrasi dan provokasi untuk undang masalah.

“Kalau kes memihak kepada dia, akan kata hakim baik, menjalankan kewajipan. Tetapi kalau hakim tidak memihak kepada dia, macam-macam tuduhan,” katanya.

Tidak berpuas hati dengan kenyataan Bung Mokhtar itu, G. Manivanan (PKR-Kapar) berkali-kali menyalahkan pihak polis dengan mendakwa pasukan keselamatan bertindak menyalahguna kuasa mereka kerana menahan beberapa wakil rakyat pembangkang berhubung perhimpunan #KitaLawan.

"Tak pernah kita kata tak boleh ditahan, boleh disiasat, tak ada masalah, tetapi ikut cara yang sesuai.

“Jangan bagi tekanan luar biasa, tak perlu provokasi. Yang kita minta supaya Ketua Polis Negara jangan salah guna kuasa, itu yang kita tekankan,” katanya.

Babak bertikam lidah antara Bung Mokhtar dan Manivanan turut disertai Tian Chua (PKR-Batu) selepas Bung Mokhtar secara tiba-tiba menyifatkan pembangkang bersikap degil dan ‘berkepala batu’ dengan merujuk kepada Ahli Parlimen Batu itu.

‘Drama’ yang berlarutan hampir 15 minit itu akhirnya diredakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Tags / Kata Kunci: KitaLawan , BN , Dewan Rakyat , Bung Mokhtar Radin

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan