Kes Denggi Pulau Pinang Catat Penurunan Minggu Lepas

Diterbitkan: Isnin, 30 Mac 2015 1:04 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kes demam denggi di Pulau Pinang mencatat penurunan sebanyak 24.3 peratus atau 18 kes bagi tempoh tujuh hari minggu lepas berbanding minggu sebelumnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin berkata sebanyak 56 kes denggi dilaporkan dari 15 hingga 21 Mac berbanding 74 kes dari 8 hingga 14 Mac lepas.

"Secara kumulatif setakat 21 Mac sebanyak 1,359 kes denggi dilaporkan berbanding 490 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas. Lima kematian direkodkan tahun ini berbanding tiga kematian tahun lepas," katanya dalam kenyataan di sini Isnin.

Beliau berkata sembilan lokaliti wabak terkawal dikenal pasti iaitu Jay Series Condominium di daerah Timur Laut; daerah Barat Daya di Lintang Bukit Kecil, Persiaran Bukit Kecil, Taman Sahabat, Apartmen Lavinia; di Seberang Perai Tengah ialah Taman Permatang Tinggi, Taman Alma, Perkampungan Berapit; dan Telok Air Tawar di Seberang Perai Utara.

"Terdapat satu lokaliti wabak tidak terkawal di Jalan Lim Lean Teng di daerah Timur Laut dengan empat kes direkodkan dalam tempoh seminggu," katanya.

Beliau berkata terdapat dua lokaliti titik panas di daerah Barat Daya iaitu di Flat Sri Bayu yang mencatat lapan kes dan Bandar Baru Teluk Kumbar dengan 15 kes.
Tags / Kata Kunci: denggi , Pulau Pinang

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan