Hudud: Abdul Hadi Tidak Pasti Masa Depan Pakatan

Diterbitkan: Isnin, 30 Mac 2015 2:06 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Susulan keretakan gabungan pakatan pembangkang dalam isu hudud, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih berteka-teki mengenai nasib parti itu bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mengakui parti itu berhadapan laluan sukar dalam menegakkan undang-undang Islam ketika bersama gabungan pakatan pembangkang, Hadi berkata beliau tidak berupaya menentukan masa depan Pakatan Rakyat.

"Masa hadapan, saya tidak tahu," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang kepada pemberita ketika ditemui di bangunan Parlimen di sini, Isnin.

Ditanya mengenai pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan selepas ditentang banyak pihak termasuk rakan sekutu PAS sendiri, Hadi berkata: "Dalam perjuangan tiada yang mudah, Insyallah, ada alternatifnya."

Tambah beliau lagi, PAS sentiasa terbuka untuk berbincang dengan semua pihak berhubung perkara itu.

"Saya sedia berbincang dengan semua, kerajaan, bukan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), saya terbuka untuk berbincang," katanya.

Tags / Kata Kunci: Hudud , PAS

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan