Abdul Hadi Mengalah, Setuju Bertemu Semua Pihak

Diterbitkan: Isnin, 30 Mac 2015 3:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas ditekan dan dikecam kerana membelakangkan gabungan pakatan pembangkang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya memberi persetujuan untuk ‘berdepan’ dengan pimpinan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah Presiden PAS itu turut menyatakan kesediannnya untuk mengadakan pertemuan dengan semua pihak bagi menjelaskan mengenai rang undang-undang persendirian berhubung pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 yang akan dibentangkan di Parlimen.

"Dengan semua saya bersedia... dengan kerajaan atau NGO, saya terbuka,” katanya ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen di sini, Isnin.

Sebelum ini Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata Hadi perlu diberi peluang menjelaskan mengenai undang-undang hudud serta tindakannya yang dianggap melanggari rangka kerja dasar umum Pakatan Rakyat berhubung isu itu.

Selain itu Setiausaha Agung PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata partinya sedia tampil menawarkan diri untuk menjadi ‘orang tengah’ antara dua sekutu pakatan pembangkan itu.

Katanya PKR akan mengadakan pertemuan berasingan dengan PAS dan DAP bagi membantu mencari penyelesaian berhubung isu hudud.

Hubungan Hadi dalam pakatan pembangkang menjadi parah selepas DAP mendakwa Hadi bersikap tidak bermaruah apabila menjalinkan kerjasama dengan Umno untuk melanggari kerjasama dalam pakatan pembangkang.

Lebih buruk apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut menggesa supaya Hadi meninggalkan Pakatan Rakyat jika mahu meneruskan hasrat membentangkan rang undang-undang persendirian berhubung Akta 355 di Dewan Rakyat.

Tags / Kata Kunci: Dewan Rakyat , Hudud

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan