DCA Pertimbang Penggunaan CCTV Di Dalam Kokpit

Diterbitkan: Isnin, 30 Mac 2015 10:14 AM

Azharuddin Abdul Rahman

Azharuddin Abdul Rahman.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan membincangkan kemungkinan untuk memasang perakam video di dalam kokpit pesawat untuk meningkatkan tahap keselamatan dan memperbaiki siasatan terhadap kemalangan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata langkah itu memerlukan maklum balas dari semua pihak berkepentingan kerana terdapat banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.

"Salah satu aspek yang diberi perhatian adalah privasi juruterbang di dalam kokpit. Kami juga perlu memikirkan bagaimana perakam video itu akan dipasang.

"Kami akan membawa ia untuk dibincangkan tetapi setakat ini, tiada apa-apa diputuskan dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa tidak mempunyai mandat berhubung langkah sedemikian," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Azharuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pesawat Germanwings yang berlepas dari Barcelona menuju Duesselfdorf yang terhempas di pergunungan Alps Perancis pada 24 Mac lalu.

Dalam nahas itu seramai 150 dilaporkan terkorban.

Audio dari perakam suara kokpit menunjukkan bahawa salah seorang juruterbang telah meninggalkan kokpit dan tidak dapat masuk semula ke dalamnya.

Pembantu juruterbang pesawat itu, Andreas Lubitz didakwa sengaja menghempaskan pesawat tersebut dan dipercayai pernah menerima rawatan akibat tekanan.

Dalam melaksanakan peraturan dua individu di dalam kokpit pada setiap masa, Azharuddin berkata Malaysia sudah menguatkuasakan peraturan seperti itu dibawah Pekeliling Maklumat DCA Aeronautical 9/2002 bertarikh 25 Julai 2002.

"Dua krew perlu sentiasa berada di dalam kokpit. Sekiranya salah seorang juruterbang keluar daripada kokpit, salah seorang krew kanan kabin perlu mengambil alih tempatnya," katanya.

Namun, pakar kanan Pakar Kanan Institut Teknologi Penerbangan Malaysia, Universiti Kuala Lumpur Ahmad Maulan Bardai berkata rakaman video di kokpit akan mengganggu privasi juruterbang dan tidak akan meningkatkan tahap keselamatan.

"Ia akan menjadi lebih sesuai untuk melaksanakan peraturan dua individu. Ia hanya akan menjadi lebih baik sekiranya tiga juruterbang supaya kedua-dua individu di dalam kokpit boleh menerbangkan pesawat tersebut pada satu-satu masa," katanya.

Ahmad Maulan berkata perlu ada penilaian psikologi tetap juruterbang dan bukannya menyerahkan kepada juruterbang untuk mengisytiharkan secara sukarela sama ada mereka disahkan menghidap penyakit mental.

"Dalam kes Germanwings, pembantu juruterbang berjaya menyembunyikan masalahnya. Kita harus mempunyai penilaian psikologi yang lebih kerap, mungkin dilakukan sebulan sekali," katanya.

Tags / Kata Kunci: DCA , kokpit , CCTV

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan