Kerajaan Komited Pastikan CBP Tidak Bebankan Rakyat - Najib

Diterbitkan: Isnin, 30 Mac 2015 1:22 PM

Najib melihat kakitangan Kastam di bahagian 'Helpdesk GST' menjawab panggilan orang awam terhadap isu berkaitan CBP pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Kastam di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata walaupun Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) menerima pelbagai kritikan, namun kerajaan sentiasa komited dalam memastikan pelaksanaannya tidak membebankan rakyat.

Perdana Menteri berkata semua pihak harus sedar bahawa objektif utama pelaksanaan CBP ialah untuk mengukuhkan punca kewangan negara, dan akhirnya dapat memastikan pembangunan yang lebih efektif untuk kemajuan negara dan kebaikan rakyat.

"Tujuan sebenar kita laksanakan GST, bukan untuk bebankan rakyat. Kita laksanakan GST dengan kaedah meminimumkan beban rakyat. Tak pernah mana-mana negara bagi banyak 'zero-rated' dan pengecualian GST seperti mana yang kita berikan.

"Ini menunjukkan kerajaan benar-benar berhasrat untuk tidak membebankan rakyat, dan GST kita akan laksanakan dengan kaedah tidak menyusahkan rakyat, dan di samping itu menambahkan hasil negara dan ini adalah untuk kebaikan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Kastam di Dewan Serbaguna Jabatan Kastam Diraja Wilayah Persekutuan, di sini Isnin.
Tags / Kata Kunci: CBP , Najib Tun Razak

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan