Ada Peniaga Makanan Akan Naikkan Harga Selepas GST

Diterbitkan: Isnin, 30 Mac 2015 1:13 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Para peniaga bazar Ramadan mendakwa mereka berkemungkinan terpaksa menaikkan harga makanan pada tahun ini berikutan kenaikkan harga barangan, kos pengangkutan dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April.

Dakwaan tersebut dibuat ketika peniaga-peniaga terbabit hadir untuk membeli borang tapak bazar Ramadan yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Stadium MBPJ, Kelana Jaya di sini.

Mereka memberi reaksi demikian selepas Pengarah Jabatan Perlesenan MBPJ, Sharinaz Samsudin meminta peniaga tidak menaikkan harga makanan kerana lesen dan tapak yang dijual tidak dikenakan gst.

"Kenaikan harga makanan bukan kerana lesen tetapi disebabkan pelaksanaan GST, dan ini membuatkan pembekal akan menaikkan harga barang.

"Kenaikkan harga makanan di bazar Ramadan nanti juga mungkin turut dipengaruhi oleh kos pengangkutan yang meningkat akhir-akhir ini.

"Saya sendiri pun tak gamak untuk naikkan harga makanan, tapi kami tiada pilihan lain," jelas peniaga kuih, Abdullah Leman, 45.

Tambahnya, setiap kuih mungkin dinaikkan sebanyak 10 sen sebiji pada bazar Ramadan tahun ini.

Seorang peniaga nasi campur, Ameera Abdullah, 24 pula menegaskan, dia perlu menaikkan harga lauk ayam sebanyak RM1 bagi setiap ketul.

"Kami akan naikkan harga lauk ayam sahaja tetapi makanan lain seperti nasi putih dan ikan tetap sama. Kenaikkan ini kerana pelaksanaan GST.

"Harga lauk ini bukan akan dinaikkan pada bazar Ramadan saja tetapi bermula 1 April, seiring dengan bermulanya GST," tegasnya.

Sementara itu, MBPJ pada Isnin mengadakan penjualan borang bagi 1,563 tapak bazaar Ramadan di 19 kawasan di seluruh daerah tersebut.

Buat pertama kali, MBPJ juga mewujudkan kuota bagi golongan  orang kelainan upaya (OKU) bagi memberi peluang kepada mereka menjana pendapatan.

Tags / Kata Kunci: Bazar Ramadan

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan