Hudud: Zaid Tidak Akan Heret PAS Ke Mahkamah

Diterbitkan: Ahad, 29 Mac 2015 10:19 AM

Zaid Ibrahim

Datuk Zaid Ibrahim

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Bekas menteri dan peguam, Datuk Zaid Ibrahim berkata mencabar pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (pindaan 2015) di Kelantan tidak akan menyebabkan beliau murtad atau menunjukkan beliau mempunyai pegangan agama yang lebih kecil daripada ahli PAS.

Bagaimanapun, beliau tidak akan meneruskan hasrat untuk mencabar keputusan itu kerana Gerakan telah memfailkan saman pemula terhadap kerajaan Kelantan pada 18 Mac untuk mengisytiharkan penguatkuasaan hudud sebagai tidak mengikut Perlembagaan dan menyalahi undang-undang.

"Jika Gerakan atau mana-mana pihak lain tidak memfailkan saman itu, saya akan melakukannya.

"Ini kerana hudud yang mahu dilaksanakan oleh PAS adalah hudud PAS dan mempunyai terlalu banyak kelemahan di dalamnya dan hendaklah dihentikan daripada dilaksanakan di sebuah negara berbilang kaum.

"Saya benar-benar percaya bahawa hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS adalah bukan undang-undang Tuhan kerana PAS telah membuat pindaan terhadapnya dan apabila kita memindanya, ia tidak lagi menjadi undang-undang Tuhan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog dengan masyarakat bukan Muslim anjuran MCA Kota Baru, di sini, Jumaat.

Turut hadir Ketua MCA Kota Baru, Tan Ken Ten dan ahli-ahli jawatankuasa.

"PAS sedang cuba untuk melaksanakan undang-undang mereka bagi kepentingan politik terutama apabila mereka membuat pindaan dengan menambah bilangan sebatan kerana berzina, minum arak dan lain-lain mengikut kehendak dan kemahuan mereka," katanya.

Zaid, yang merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal undang-undang, berkata bukan sahaja orang bukan Islam tetapi orang Islam juga perlu mempersoalkan undang-undang seperti itu.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan