Rakyat Uzbekistan Mengundi Pilih Presiden

Diterbitkan: Ahad, 29 Mac 2015 1:18 PM

(Ubah saiz teks)

TASHKENT: Rakyat Uzbekistan mengundi pada Ahad untuk memilih presiden yang akan memimpin negara lebih 30 juta penduduk ini menuju ke arah masa depan lebih makmur, memiliki masyarakat sivil lebih kukuh dan melaksanakaan pembaharuan demokrasi secara lebih menyeluruh.

Ini merupakan peristiwa penting kedua bagi rakyat negara ini dalam tempoh tiga bulan selepas menghadapi pilihan raya parlimen pada 21 Dis tahun lepas.

Pertandingan empat penjuru kali ini menyaksikan penyandang jawatan Presiden Islam Karimov daripada Liberal Democratic Party menawarkan diri untuk mengekalkan jawatannya. Tiga calon lain ialah Khatamjan Ketmonov daripada People's Democratic Party; Narimon Umarov daripada Social Democratic Adolat (Justice) Party, dan AkmalSaidov daripada Democratic National Renaissance Party.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat (CEC) Mirza-Ulugbek Abdusalomov, 135 kawasan pilihan raya, 9,058 pusat mengundi, termasuk 44 di luar negara, dibuka untuk urusan pengundian, manakala jumlah pemilih berdaftar ialah 20,798,052.

Lebih 340 wakil media dari dalam dan luar negara membuat liputan tentang pilihan raya ini, katanya pada satu majlis taklimat.

Beliau berkata pilihan raya ini juga menyaksikan kehadiran kira-kira 300 pemerhati yang diundang dari 43 negara, termasuk Malaysia, Pakistan, Amerika dan Jepun serta lima pertubuhan antarabangsa termasuk Commonwealth Independent States dan Pertubuhan Kerjasama Islam untuk membuat pemantauan.

Kata Abdusalomov, kehadiran mereka penting kerana dapat mendorong CEC mengurus pemilihan itu secara adil dan saksama.

Anggota pasukan pemerhati Malaysia yang tiba pada Jumaat termasuk Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Doris Sophia Brodi, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, yang turut diundang sebagai pemerhati bagi pilihan raya parlimen tahun lepas, dan Naib Presiden Kanan Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) Max Say, yang juga menjadi pemerhati bagi kali kedua.

Abdulsalomov berkata peluang secara adil dan sama rata diberi kepada empat calon yang bertanding untuk berkempen melalui media elektronik dan cetak.

Di KUALA LUMPUR, Duta Besar Uzbekistan di Malaysia Murad Askarov berkata kira-kira 200 rakyat Uzbekistan akan mengundi pada Ahad.

Pengundian akan diadakan di kedutaan itu di Ampang Utama, katanya pada taklimat baru-baru ini, yang turut dihadiri Mohd Hashim dan Say.

Pada taklimat itu, Mohd Hashim berkata beliau yakin urusan politik penting itu akan dilaksanakan mengikut norma undang-undang dan standard demokrasi yang diiktiraf antarabangsa, manakala Say pula menyatakan beliau percaya proses itu akan berlangsung dalam semangat keterbukaan, telus dan adil dengan penyertaaan aktif rakyat Uzbekistan.

Yusuf Kasimov, 33, rakyat Uzbekistan yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent, berkata beliau berharap pengundi akan memilih seorang presiden yang mampu memimpin dengan baik dan menjamin keamanan negaranya.

Saya mahu berasa selamat walaupun keluar pada waktu malam," katanya kepada Bernama di sini.

Di Qarshi, ibu negeri Qashqasaryo, sebuah wilayah di selatan Uzbekistan, ketua pusat mengundi, Jurayev Ismail Shodiyech, berkata semua tempat pengundian sudah bersedia untuk melaksanakan proses pemilihan presiden. Qarshi terletak satu setengah jam penerbangan dari Tashkent.

Shodiyech berkata, kali ini sebanyak 4,000 pemilih baharu yang mencapai usia 18 tahun pada Mac, layak mengundi. Pada pilihan raya parlimen tahun lepas, jumlah pemilih berdaftar di wilayah itu ialah kira-kira 1.903 juta.

Beliau menjangka banyak yang akan keluar untuk mengundi walaupun pilihan raya sebelum ini baru diadakan tiga bulan lepas.

Rakyat akan keluar untuk mengundi kerana mereka mahu pilihan raya ini diadakan dan ia diperuntukkan oleh undang-undang," katanya.

Mengenai kualiti yang perlu dimiliki seseorang presiden, Shodiyech dan timbalannya Sobirjon Qurbonov, berkata mereka berharap akan mempunyai presiden yang mampu terus membangunkan negara dan menjamin wujudnya keselamatan.

"Faktor paling penting di sini ialah keamanan negara," kata mereka.

Semua pusat mengundi dibuka pada 6 pagi dan ditutup pada 8 malam.

Tags / Kata Kunci: Uzbekistan

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan