#KitaLawan: Mat Sabu, Tian Chua Bebas

Diterbitkan: Ahad, 29 Mac 2015 8:19 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua pemimpin pakatan pembangkang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu atau Mat Sabu dan Naib Presiden PKR Chua Tian Chang atau Tian Chua dibebaskan daripada tahanan polis, menurut polis.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan kerana dipercayai terlibat dalam perhimpunan haram #KitaLawan yang dianjurkan di sini, Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad memaklumkan Mat Sabu dibebaskan 11 malam tadi, sementara Tian Chua pada 12 tengah hari, Ahad.

"Bagaimanapun Setiausaha Pengelola Parti Keadilan Rakyat, Fariz Musa yang turut ditahan malam tadi berhubung perkara sama telah direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Mohamad Sabu ditahan di Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang pada 12.20 pagi semalam dan dibawa ke IPD Dang Wangi di sini, manakala Tian Chua ditahan di kawasan Parlimennya, Batu, di sini 2.26 petang semalam.

Fariz ditahan di Petaling Street di sini, kira-kira pukul 8 malam tadi.

Tags / Kata Kunci: Mat Sabu , #KitaLawan

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan