Hujan Tidak Halang Orang Ramai Beri Penghormatan Terakhir Kepada Kuan Yew - Berita Semasa | mStar

Hujan Tidak Halang Orang Ramai Beri Penghormatan Terakhir Kepada Kuan Yew

Diterbitkan: Ahad, 29 Mac 2015 2:29 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Hujan lebat tidak menghalang orang ramai untuk memberi penghormatan terakhir kepada Lee Kuan Yew.

Hujan lebat membasahi Singapura pada pagi Ahad, termasuk di sepanjang kawasan perarakan pengebumian dijalankan.

Hujan mencurah-curah turun di Padang dan renyai-renyai di kawasan Tanjong Pagar tetapi lebat semula pada lewat tengahari. Kawasan Bukit Merah, Jalan Clementi dan Commonwealth Avenue juga dilanda hujan lebat.

Walaupun hujan lebat, orang ramai masih lagi menunggu untuk untuk menyaksikan upacara pengebumian. Malah, semakin ramai dilihat memenuhi bahagian tepi jalan berdekatan The Pinnacles@Duxton yang sebelum ini agak kosong.

Anggota polis berdiri di Kompleks Cantonment untuk menunggu proses pengebumian dimulakan.

Petugas-petugas juga bertungkus lumus mengeringkan laluan pejalan kaki bagi membolehkan orang ramai duduk sementara menunggu hujan reda.

Bangunan-bangunan berdekatan serta bahagian bawah landasan MRT turut dipenuhi orang ramai untuk berlindung daripada hujan lebat.

Perararakan pengebumian sepanjang 15.4 km itu akan dimulakan dengan melalui kawasan-kawasan utama dan juga kawasan pentadbiran Lee Kuan Yew di Tanjong Pagar.

Keranda Lee Kuan Yew yang telah ditempatkan di bangunan Parlimen sejak 25 Mac lalu dibawa meninggalkan bangunan itu pada pukul 12.30 tengahari.

Ia kemudian akan dibawa ke Pusat Kebudayaan Universiti pada pukul 1.40 petang dan upacara pengebumian akan dimulakan pada pukul 2 hingga 5.15 petang.

Jenazah akan dikremasi secara persendirian di Mandai Crematorium.


Tags / Kata Kunci: Lee Kuan Yew , majlis pengebumian
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan