China Anggap Hubungan Dengan Malaysia Terbaik Dalam Sejarah - PM

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mac 2015 7:00 AM

Najib Tun Razak. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BOAO (Hainan, China): Negara China menganggap hubungan dua-hala dengan Malaysia adalah terbaik dalam sejarah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Beliau (Presiden China Xi Jinping) meletakkan hubungan China dan Malaysia sebagai antara keutamaan yang tertinggi pada pandangan beliau," katanya selepas pertemuan dua hala dengan Jinping di sini, Jumaat.

Najib juga berharap hubungan strategik yang menyeluruh dengan China akan diperkukuhkan dan menjadi lebih produktif selain dapat meningkatkan keberhasilannya.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berada di sini untuk menghadiri Forum Boao Untuk Asia 2015 (BFA). 

Ini merupakan lawatan rasmi kelima beliau ke China, dan lawatan pertama ke forum ini yang telah diilhamkan selepas forum tahunan Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.

Perdana Menteri berkata lawatan-lawatan seperti ini adalah amat penting dan bermanfaat kerana ia dapat mengkukuhkan lagi hubungan dua hala.

"Bukan saja cara formal tetapi hubungan erat secara peribadi antara pemimpin yang menjadikan hubungan kita lebih mantap lagi," kata beliau kepada media Malaysia selepas pertemuan selama 45-minit dengan Presiden China itu.

Dalam pertemuan itu, Najib berkata mereka menyentuh pelbagai isu termasuk perdagangan, pertahanan, pendidikan serta usaha untuk menggalakkan kedatangan pelancong China ke Malaysia.

Najib berkata selepas dua peristiwa iaitu tragedi MH370 dan kes penculikan di timur Sabah, bilangan pelancong China yang datang ke Malaysia menurun sembilan peratus tahun lepas.

Justeru, katanya kerajaan perlu memgambil usaha-usaha yang lebih gigih untuk memulihkan keadaan ini, antaranya ialah memansuhkan bayaran visa untuk pelancong China.

"Ini akan membantu pihak China untuk melawat Malaysia dan yang kedua  langkah kita untuk membuka pejabat konsulat kita di Nanning dan Xian, dijangka pada tahun ini bagi membolehkan kita membuat pusat memproses visa.

"Kita juga telah berbincang tentang kerjasama dalam bidang pertahanan dengan mengadakan latihan ketenteraan pertama antara Malaysia dan China, " katanya.

Perdana Menteri berkata Jinping juga menyatakan sokongan kerjasama negara itu untuk menjayakan peranan dan insiatif Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.

Katanya China juga memberi jaminan akan bekerjasama dengan Malaysia selaku anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bagi tempoh 1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2016.

Tags / Kata Kunci: China , Xi Jinping

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan