Bekas Adun Bukit Panau Meninggal Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mac 2015 4:37 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Panau, Yusof Mat Sah meninggal dunia di kediamannya di Kampung Belimbing Tanah Merah di sini, pada Jumaat malam.

Allahyarham, yang berusia 77 tahun, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 10.40 malam di samping anggota keluarganya.

Anak beliau, Roshdan, 42, berkata empat tahun lepas bapanya pernah mengalami kemalangan jalan raya yang menyebabkan terdapat hentakan di kepala.

"Arwah ayah menjadi lemah dan mudah lupa akibat kemalangan tersebut walaupun dari segi fizikalnya dalam keadaan normal," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Sabtu.

Allahyarham Yusof pernah menjadi ADUN Bukit Panau selama tiga penggal bermula dari 1990 hingga 2004.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Domis, Tanah Merah di sini, selepas solat Zohor hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Kamariah Wahab, 56, enam orang anak dan 20 cucu. 

Tags / Kata Kunci: Bukit Panau , Adun

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan