DAP Sarawak Keluar Pakatan, Azmin Enggan Nyatakan Pendirian PKR

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mac 2015 8:14 PM

Mohamed Azmin Ali.

(Ubah saiz teks)

KLANG: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali pada Sabtu enggan menyatakan pendirian parti itu berhubung tindakan DAP Sarawak menarik diri daripada kerjasama politik Pakatan Rakyat (PR).

Beliau setakat menyatakan pihaknya sentiasa mengadakan perbincangan bagi sebarang isu berkaitan kerjasama PR dengan DAP dan PAS.

Beliau cuba mengelak dari menyentuh isu berkenaan dengan mengatakan perkara tersebut boleh dibincangkan dalam forum yang lain. 

"Tak apalah, kita bincang (mengenai tindakan DAP Sarawak keluar PR) dalam forum yang lain. Semuanya berada dalam keadaan baik.

"Saya sedia maklum dengan tindakan itu dan semua masalah boleh diselesaikan dengan keadaan yang sama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek perumahan mampu milik di Bandar Parklands di sini. 

Mohamed Azmin berkata, beliau tetap akan meneruskan kerjasama dengan DAP dan PAS seperti sebelumnya.

Menurutnya, ketiga-tiga parti dalam pakatan itu mempunyai kebijaksanaan tersendiri untuk menyelesaikan isu tersebut. 

DAP Sarawak mengumumkan keputusan keluar daripada kerjasama PR pada Jumaat kerana kecewa dengan tindakan PAS yang mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan. 

Pengumuman yang dibuat Pengerusi DAP negeri, Chong Chieng Jen itu dikatakan mendapat persetujuan sebulat suara kepimpinan DAP negeri. 

Mereka mendakwa PAS telah menyeleweng daripada dasar bersama PR apabila mahu melaksanakan undang-undang berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor menegaskan perjanjian penstrukturan industri air Selangor hanya akan dimuktamadkan pihaknya sekiranya kerajaan persekutuan berpegang pada syarat asal. 

Menurut beliau, pihaknya dijangka mengadakan pertemuan seterusnya dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili minggu depan bagi mengadakan perbincangan lanjut mengenainya. 

"Kerajaan negeri akan meneruskan rundingan tersebut kerana Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan persekutuan yang diwakili Ketua Setiausaha Kettha Datuk Loo Took Gee, Isnin lepas," katanya.

Tags / Kata Kunci: Azmin Ali , DAP Sarawak , hudud

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan