Pos Malaysia Raih Jenama Terbaik 2015

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mac 2015 9:08 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) memenangi anugerah Jenama Terbaik 2015 bagi kategori Perkhidmatan Pos anjuran World Branding Forum (WBF) di Paris, Selasa lepas.

Berikutan kejayaan ini, Pos Malaysia juga muncul sebagai syarikat pos pertama di dunia menerima pengikhtirafan daripada WBF.

"Kami amat teruja untuk memenangi Anugerah Jenama Antarabangsa 2015 yang berprestij. Anugerah ini adalah milik semua warga Pos Malaysia yang bekerja keras untuk menyediakan khidmat jenama Pos Malaysia kepada setiap pelanggan di segenap pelusuk negara.

"Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pelanggan kami dan rakyat Malaysia atas kesetiaan dan kepercayaan kepada jenama Pos Malaysia dan meyakinkan mereka tentang komitmen kami untuk terus meningkatkan dan menyediakan tahap perkhidmatan yang tinggi," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Azlan Shahrim dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Pemenang dinilai berdasarkan empat aspek iaitu penilaian jenama, penyelidikan pasaran pengguna, undian awam atas talian serta undian oleh tokoh-tokoh jenama dari Majlis Penasihat WBF.

Majlis penganugerahan yang berlangsung di Paris juga menyaksikan 50 jenama dari 22 negara menerima anugerah.

Pemenang jenama dunia termasuk Cartier, Club Med, Evian, Gillette, Gucci, Herms, Hilton Hotels and Resorts, IKEA, LOral, Mot  and  Chandon, Nike, Prada dan UPS.

Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Pos Malaysia Datuk Rohaiza Hashim turut hadir pada upacara tersebut untuk menerima anugerah.

Lebih 2,500 jenama dari 35 negara dicalonkan untuk anugerah tersebut. 

Hanya 119 jenama menerima anugerah bagi tempoh 2014-2015.
Tags / Kata Kunci: Pos Malaysia , World Branding Forum

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan