Gas Bocor: Abu Mayat Dua Ahli Perniagaan Tiba Di Johor

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mac 2015 3:32 PM

Seorang terselamat manakala lima lagi maut akibat terhidu gas bocor ketika menginap di sebuah apartmen di Nanning, China pada Ahad malam. Mangsa yang terselamat dikenali sebagai Lim Kim Lian (kiri) sementara lima yang maut iaitu (bermula dua kiri) Seah Foo Heng, Yay Chong Chai, Chin Yoke Weng, Ng Wei Shan (kanan) dan Tan Bian Chiang. Gambar diambil sebelum mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa, Changi, Singapura,

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Abu mayat dua daripada lima ahli perniagaan yang maut dipercayai akibat terhidu gas di Nanning, China pada 16 Mac lalu dibawa pulang ke Johor pada Jumaat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata abu itu milik Chin Yoke Weng, 61, yang juga pengerusi persatuan peniaga kecil Johor Baharu dan Ng Wei Shan, 28.

Ia diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Nanning Wuxu, Nanning, ke Lapangan Terbang Antarabangsa, Changi, Singapura sebelum dibawa masuk ke Johor melalui jalan darat.

Tee berkata tiga lagi mayat ahli perniagaan dijangka tiba Khamis depan sebelum ditanam di tanah perkuburan di sini.

"Ketiga mayat itu lambat sampai kerana perlu melalui proses bedah siasat yang dilakukan pihak berkuasa China.

"Saya mengucapkan terima kepada kedutaan Malaysia di China dan kerajaan China kerana kerjasama mereka bagi melicinkan proses membawa pulang kesemua mayat," katanya.

Kelima-lima ahli perniagaan itu dilapor terhidu gas ketika menginap di sebuah apartmen.

Kejadian pada awal pagi itu turut mengorbankan Yay Chong Chai, 42, Seah Foon Hong, 48, dan Tan Bian Chiang, 41, sementara isteri Seah, Lim Kim Lian, 46, terselamat.

Tags / Kata Kunci: Johor , Nanning

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan