GST: Yuran Rundingan Kesihatan Mungkin Naik

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mac 2015 8:44 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta tidak sepatutnya mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), namun kosnya mungkin akan disembunyikan dalam yuran perundingan.

Penolong Kanan Pengarah Kastam II, Norazura Hashim bagaimanapun berkata bukan suatu kesalahan bagi doktor untuk menyerap kos GST ke dalam yuran perundingan.

"Selagi mereka tidak mengenakam bayaran GST berasingan yang dinyatakan dalam invois mereka, mereka tidak melakukan apa-apa yang kesalahan apabila melepaskan kos kepada pesakit," katanya kepada pemberita.

Norazura berkata doktor swasta mungkin perlu membayar GST kepada pembekal ubat-ubatan dan mereka tidak akan dapat menuntut cukai kerana penjagaan kesihatan swasta termasuk di bawah senarai perkhidmatan yang dikecualikan.

"Oleh itu doktor atau klinik boleh menaikkan yuran perundingan mereka untuk menampung GST yang mereka buat," katanya.

Ditanya sama ada terdapat pemantauan klinik, Norazura berkata perkara itu terpulang kepada pengguna.

"Kami menjangkakan peningkatan biasa antara 3 peratus dan 4 peratus dalam kos penjagaan kesihatan berikutan pengenalan GST.

"Pesakit yang menyedari wujud kenaikan besar-besaran perlu membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

"Pihak berkuasa akan menyiasat dan mengambil tindakan yang perlu," katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Norazura berkata kementerian telah belum memuktamadkan senarai peralatan perubatan yang akan dikecualikan GST.

Beliau berkata senarai penuh pengecualian yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan akan dimuat naik di laman web Kastam tidak lama lagi.

Tags / Kata Kunci: GST

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan