The Star Kekal Akhbar Bahasa Inggeris Paling Popular

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mac 2015 5:16 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menurut kajian pembaca 2014 yang dijalankan oleh Nielsen, rata-rata pembaca sekali lagi telah memilih akhbar The Star sebagai akhbar harian berbahasa Inggeris paling popular. 

Menurut kajian tersebut, kadar pembacaan akhbar The Star setiap hari ialah 1,054,000 ia mencatatkan peningkatan 7.4 % berbanding tahun lalu, yang mencatatkan 981,000 pembaca. 

Pada ketika ini, The Star menguasai 84% daripada jumlah pembaca akhbar harian berbahasa Inggeris di negara ini. 

Jumlah pembaca bagi akhbar Sunday Star turut mencatatkan peningkatan kepada 950, 000 daripada 834,000.

Ia mencatatkan kenaikan sebanyak 5.1%, yang mungkin disebabkan oleh wajah baharu akhbar berkenaan yang lebih dinamik serta paparan yang menarik. 

Daripada kajian yang dijalankan Nielsen juga menunjukkan televisyen, radio dan surat khabar kekal medium yang paling relevan sepanjang 2014, dengan mencatatkan 8 daripada 10 mata secara purata setiap minggu. 

Jumlah pembacaan bagi akhbar bercetak kekal stabil dengan menguasai pasaran sebanyak 58 % pada tahun lalu, sementara kadar pembacaan bagi akhbar hujung minggu juga turut mencatatkan peningkatan kepada 62%

Secara keseluruhannya kadar pembacaan bagi akhbar harian berbahasa Inggeris berada pada 8% atau secara puratanya, 1, 265,000 pembaca. 

Bagi akhbar bahasa Inggeris hujung minggu pula mencatatkan peningkatan hampir 7% dengan 1,076,000 pembaca.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan