Kerajaan Bertindak 'Double Standard' - Pembawa

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mac 2015 10:43 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa) menyifatkan tindakan kerajaan menangguhkan pelaksanaan kadar tambang baharu bagi perkhidmatan bas ekpres sebagai 'double standard'.

Presidennya, Tajuddin Mohd Yunus berkata, pihaknya berfikir demikian kerana penangguhan tersebut hanya melibatkan perkhidmatan bas ekpres dan rel sahaja tetapi kadar tambang baharu bagi teksi diteruskan.

"Ini tidak adil. Ia menyebabkan kami terfikir bahawa perkhidmatan kami seolah-olah tidak diperlukan lagi. Adakah ini semua dilakukan untuk kepentingan politik semata-mata?," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Jelas beliau, kerajaan sepatutnya menangguhkan pelaksanaan kadar tambang baharu itu terhadap ketiga-tiga industri pengangkutan awam tersebut untuk memastikan berlaku adil kepada semua pihak terlibat.

"Sekarang kadar tambang baharu untuk bas ekspres dan rel ditangguhkan jadi perkhidmatan teksi juga perlu ikut sama. Tapi saya lihat tidak berlaku keadilan di sini," katanya.

Tajuddin memberitahu, penangguhan tersebut turut menyebabkan pengusaha bas tertanya-tanya mengenai status kenaikan tersebut yang dianggap sebagai masih samar.

"Status kenaikan itu masih samar... kita sendiri masih belum pasti sama ada ia ditangguhkan sehingga berapa lama. Kita hanya dimaklumkan kenaikan tidak sesuai dilakukan sekarang," katanya.

Beliau turut mempertikaikan penangguhan tersebut kerana kerajaan sudah beberapa kali menangguhkan pelaksanaan kadar tambang baharu itu sebelum ini.

"Saya pelik mereka tangguh atas alasan 'bukan masa yang sesuai'. Persoalannya bila masa yang sesuai untuk laksanakannya?

"Dulu tangguh kerana Pilihan Raya Umum Ke-13, kemudiannya pada Hari Raya, selepas itu Tahun Baharu Cina dan sekarang GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) yang akan berkuatkuasa mulai 1 April ini," katanya yang berharap penangguhan tersebut hanya bersifat sementara sahaja.

Beliau berkata kenaikan tersebut wajar kerana pengusaha bas perlu menanggung pelbagai peningkatan kos sejak kali terakhir penyelarasan tambang dibuat pada 2008.

"Kami menunggu sekian lama kenaikan tambang ini kerana perlu menampung kenaikan harga minyak dan gaji pekerja selain kenaikan harga alat ganti bas. Kenaikan ini juga perlu dibuat untuk menggelakkan pengusaha gulung tikar," katanya.

Beliau berkata subsidi minyak diesel kini sudah dimansuhkan, sekali gus kos operasi semakin bertambah terutama selepas kerajaan melaksanakan GST mulai minggu depan.

Tags / Kata Kunci: Bas Ekspres , SPAD , Pembawa

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan