#KitaLawan: Hishamuddin Rais, Tian Chua Pula Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mac 2015 11:43 PM

Tian Chua (kiri), Hishamuddin Rais (kanan) turut ditahan bagi membantu siasatan berhubung Himpunan #KitaLawan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Aktivis Hishamuddin Rais dilaporkan telah ditahan pada Jumaat, sehari sebelum Himpunan #KitaLawan yang akan diadakan pada Sabtu. 

Difahamkan Hishamuddin ditahan di Dataran Merdeka di mana 'mogok duduk' dijadualkan berlangsung pada malam Jumaat. 

Tweet terakhir Hishamuddin berbunyi: #KitaLawan - pakai semua Hitam-esok, 4 petang kita bertemu di Sogo #KitaLawan semua bentuk penindasan.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Parti Kedilan Rakyat (PKR) Fahmi Fadzil berkata Hishamuddin telah dibawa ke Balai Polis Dang Wangi. 

Fahmi berkata Naib Presiden PKR, Tian Chua juga telah diarahkan hadir di balai polis yang sama bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan yang akan berlangsung esok. 

Beliau berkata kedua-dua mereka dijangka ditahan selama satu malam. 

Terdahulu, polis telah menahan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berhubung kenyataannya yang mengajak rakyat keluar beramai-ramai dan menyertai himpunan terebut. 

Himpunan #KitaLawan diadakan untuk menyatakan sokongan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. 


Tags / Kata Kunci: #KitaLawan , Hishamuddin Rais , Tian Chua

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan