#KitaLawan: DAP Tidak Turut Serta

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mac 2015 6:30 PM

Anthony Loke.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: DAP tidak akan mengambil bahagian dalam Himpunan #KitaLawan Sabtu ini. 

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata parti itu tidak pernah mengarahkan ahlinya menyertai perhimpunan yang dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

Himpunan #KitaLawan diadakan untuk menyatakan sokongan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. 

"Kami tidak terlibat dalam program tersebut. Kami bukanlah pihak penganjur. Butiran lanjut mengenai program tersebut juga kami tiada," kata Loke kepada The Star Online ketika dihubungi pada Jumaat. 

Bagaimanapun, beliau berkata ahli DAP tidak dilarang daripada menyertai himpunan tersebut. 

Kali pertama Himpunan #KitaLawan diadakan pada 7 Mac lalu di luar pusat beli belah Sogo, di Kuala Lumpur. 

Himpunan yang akan diadakan esok juga dijangka kecoh apabila peserta himpunan didakwa akan menganggu majlis resepsi anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Anak perempuan Najib, Nooryana Najwa selamat diijabkabulkan dengan warga Kazakhstan, Daniyar Kessikbayev minggu lalu. 

Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, bersama dengan keluarga Daniyar akan mengadakan resepsi perkahwinan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Sabtu.

Tags / Kata Kunci: DAP , Anthony Loke , #KitaLawan

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan