Ahli PAS Tentukan Nasib Saya - Hadi

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mac 2015 12:52 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerahkan nasibnya kepada ahli PAS dalam menentukan kedudukannya sebagai Presiden PAS pada pemilihan parti itu Jun depan.

Justeru kata beliau pihak di luar PAS seharusnya tidak mencampuri urusan pentadbiran parti itu yang diterajuinya kini.

"Ahli PAS yang menentukan kedudukan saya dalam kepimpinan PAS, itu hak ahli parti.

"Orang PAS ada pendirian masing masing, orang lain tidak sepatutnya mencampuri urusan pentdbiran PAS," katanya menerusi posting di laman Facebook pada Jumaat.

Kenyataan itu dilihat sebagai peringatan kepada sekutu PAS dalam pakatan pembangkang khususnya DAP yang tidak mengiktiraf kepimpinannya sebagai Presiden PAS.

Menjelang pemilihan kali ini, wujud usaha untuk menggulingkan Hadi oleh golongan profesional dalam PAS ekoran beberapa keputusannya sebelum ini yang dikatakan membelakangi pakatan pembangkang.

Malah Hadi sendiri sebelum ini berkata beliau sedia dicabar pada muktamar tahunan parti ke-61 Jun depan sekiranya pertandingan itu mendapat sokongan anggota parti.

Beliau berkata selaras dengan Fasal 25 (2) Perlembagaan PAS, jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan tiga orang Naib Presiden hendaklah dipilih dan dilantik pada Muktamar Tahunan PAS setiap dua tahun.pembangkang.

Pada 9 Mac lepas, PAS kawasan Kota Baharu mencalonkan Naib Presiden parti itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk jawatan presiden.

Tuan Ibrahim menolak pencalonan itu dengan mengatakan Hadi tidak perlu ditukar.

Tags / Kata Kunci: Abdul Hadi Awang , PAS , Pakatan Rakyat

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan