Tidak Semua Harga Barang Akan Naik Selepas CBP

Diterbitkan: Khamis, 26 Mac 2015 6:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa harga semua barang dan perkhidmatan akan meningkat dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) bermula 1 April ini adalah tidak benar, kerana hanya sesetengah sahaja akan meningkat manakala yang lain pula jatuh dan ada juga yang tidak berubah.

Kajian terhadap Indeks Harga Pengguna (IHP) menunjukkan lapan kategori barangan dan perkhidmatan akan menikmati penurunan harga.

Pakaian dan kasut akan turun 2.71 peratus; komunikasi (1.86 peratus); perabot, peralatan rumah dan penyelenggaraan (1.57 peratus), restoran dan hotel (1.2 peratus); pengangkutan (0.94 peratus); minuman beralkohol dan tembakau (0.73 peratus); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api (0.12 peratus); dan barangan dan perkhidmatan lain (0.08 peratus).

Harga untuk kategori lain dalam IHP seperti kesihatan, rekreasi dan kebudayaan; makanan dan minuman tidak beralkohol serta makanan import dijangka naik sedikit antara 0.67 dan 2.21 peratus.

Ini disebabkan pada masa ini barangan dan perkhidmatan terbabit tidak tertakluk kepada cukai jualan atau perkhidmatan. 

Sesetengah barangan pula tidak berubah kerana syarikat merancang mengekalkan harga barangan mereka untuk kekal berdaya saing. 

Walaupun menerima banyak komen negatif, model CBP Malaysia direka untuk menjadi cukai progresif dengan senarai dikecualikan cukai dan berkadar sifar yang panjang.

Kerajaan juga menegaskan barangan makanan asas, pendidikan serta petrol tidak tertakluk kepada CBP.

Ini bagi memastikan kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana paling kurang terjejas seperti model Vietnam dan Ethiopia.

Justeru, sistem percukaian progresif bermakna mereka yang berpendapatan tinggi akan membayar cukai yang lebih berbanding kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana. 

Tuntutan pengecualian dan kadar sifar cukai ini jika dilayan hanya mengundang lebih banyak tuntutan, sekali gus menjadi satu proses yang tidak akan berakhir.

Selain itu, harus diingat mengecualikan terlalu banyak item akan membawa impak terhadap saiz pendapatan negara dan menimbulkan keperluan untuk menaikkan kadar sekarang iaitu enam peratus yang pada akhirnya perlu ditanggung oleh semua dan ini tidak adil khususnya kepada mereka yang berpendapatan rendah.

Dakwaan bahawa pendapatan daripada CBP itu akan diguna oleh kerajaan untuk menyumbat 'ketirisan' juga jauh menyimpang daripada kebenaran. 

Ia hanya spekulasi kerana tidak disokong oleh bukti dan fakta kukuh.

Tags / Kata Kunci: CBP , IHP

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan