Tiada Tindakan Diambil Terhadap Christopher - Nancy

Diterbitkan: Khamis, 26 Mac 2015 9:22 PM

Christopher Leong.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap bekas Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong yang didakwa menghina sistem kehakiman negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Syukri berkata, sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat terhadap Leong berhubung kenyataan akhbarnya bertajuk ‘Anwar Ibrahim didakwa atau dianiaya’ bertarikh 11 Februari lalu.

"Perlu ada siasatan dan laporan. Setakat ini dikatakan tiada. Kita bertindak untuk mendakawa selepas laporan polis dilbuat.

“Di peringkat Jabatan Peguam Negara tiada tindakan undang-undang yang diambil,” katanya ketika menggulung perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat pada Khamis.

Sebelum ini banyak pihak menggesa supaya menggesa tindakan udang-undang diambil terhadap Leong ekoran kenyataan kontroversinya mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mensabitkan kesalahan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyentuh mengenai cadangan supaya peranan Majlis Peguam dikaji kerana didakwa menjadi jurucakap pembangkang, Nancy berkata kerajaan memandang serius mengenai perkara berkenaan.

“Kerajaan memandang serius perkata ini dan menggesa Majlis Peguam supaya kembali menjalankan tugas dan objektif sebenar penubuhan mereka.

“Majlis Peguam digesa supaya jalankan peranan dengan sebaik mungkin dalam menjaga integriti sistem perundangan negara,” katanya.
Tags / Kata Kunci: Christopher Leong , Majlis Peguam

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan