Hudud: SKMM Akan Siasat Laporan Kaitkan Majlis Raja-Raja

Diterbitkan: Khamis, 26 Mac 2015 4:43 PM

Ahmad Shabery berucap pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) 2014 di Auditorium Perdana Angkasapuri, Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat laporan sebuah portal berita yang cuba mengaitkan Majlis Raja-Raja dengan isu hudud.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, dakwaan itu tidak benar dan menggesa rakyat supaya tidak mudah mempercayai sebarang maklumat yang tersebar khususnya di media sosial.

"Perkara itu tidak benar...ada orang cuba palitkan Majlis Raja-Raja dalam isu hudud.

"Setiap perkara yang tersebar mesti mendapat pengesahan. Jangan cepat percaya apa yang tersebar terutamanya dalam media sosial," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 kementerian itu di sini, Khamis.

Ahmad Shabery (tengah) dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad(depan,lima kanan) bergambar bersama sebahagian daripada 686 warga KKMM yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KKMM 2014 di Auditorium Perdana Angkasapuri , Khamis.

Beliau diminta mengulas sama ada SKMM akan melakukan siasatan ke atas sebuah portal berita yang mengeluarkan satu laporan semalam yang mengaitkan Majlis Raja-Raja dengan isu berkenaan.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan pada Khamis berkata,  laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jalan Travers pagi tadi bagi menafikan ia mengeluarkan kenyataan berkenaan.-- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan