Hudud: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Buat Laporan Polis

Diterbitkan: Khamis, 26 Mac 2015 4:37 PM

Syed Danial Syed Ahmad

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada Khamis membuat laporan polis bagi menafikan penyiaran sebarang kenyataan berhubung pendirian Majlis Raja-Raja dalam isu hudud.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berkata laporan yang dibuat di Balai Polis Jalan Travers di sini pagi Khamis bagi menegaskan apa yang disiarkan dan diterbitkan adalah tidak benar dan bukan dikeluarkan oleh pejabat berkenaan.

"Mesyuarat Majlis Raja-Raja tidak membincangkan perkara yang dihebohkan itu dalam mesyuaratnya.

"Pejabat itu juga tidak mengeluarkan siaran akhbar bertarikh 25 Mac (semalam) yang menyentuh perkara (hudud) itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Semalam, sebuah portal berita menyiarkan laporan yang mengaitkan Majlis Raja-Raja dengan isu hudud dan ia menjadi viral di internet. -- Bernama

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan