PAS Perlu Majoriti Dua Pertiga Parlimen Pinda Perlembagaan Laksana Hudud

Diterbitkan: Khamis, 26 Mac 2015 10:42 PM

Mohamed Nazri Aziz.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: PAS perlu memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen untuk menukar perlembagaan bagi memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah membicarakan kes jenayah untuk pelaksanaan hukum hudud.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata jenayah membunuh, merogol dan mencuri adalah di bawah Mahkamah Sivil dan ia tidak boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah.

"Hudud ini melibatkan hukuman dan saya katakan jenayah di Malaysia mengikut Perlembagaan Malaysia hanya boleh dibicarakan di Mahkamah Sivil," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Sosiobudaya ASEAN ke-13 di Bandar Hilir di sini Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar yang meminta beliau menarik balik kenyataan kerana melabelkan pihak yang berhujah mengenai hudud sebagai bodoh.

Khamis lepas, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud, untuk dilaksanakan ke atas orang Islam di negeri itu.

Mengenai hasrat PAS untuk membentangkan secepat mungkin Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen bagi membolehkan pelaksanaan hudud di Kelantan, Mohamed Nazri menyifatkan tindakan itu sebagai 'kerja sia-sia dan sekadar permainan PAS'.

"Saya sebagai Menteri pernah bertanggungjawab soal Parlimen selama sembilan tahun.

"Usul persendirian di Parlimen ini, tidak akan naik selagi urusan kerajaan tidak habis dan lazimnya urusan kerajaan tak pernah habis," katanya.

Menurut beliau ini bermakna usul itu akan hanya sekadar satu usul yang tidak akan dibahaskan dalam Parlimen.


Tags / Kata Kunci: Mohamed Nazri Aziz , hudud , PAS

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan