Menteri Diminta Tidak Cuti 'Berlonggok' Disember - Berita Semasa | mStar

Menteri Diminta Tidak Cuti 'Berlonggok' Disember

Diterbitkan: Khamis, 26 Mac 2015 6:55 PM

Tanpa arahan pihak atasan pelbagai urusan untuk menangani bencana banjir yang sering melanda negara pada akhir tahun tertangguh.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Kabinet diminta supaya tidak mengambil cuti secara serentak pada akhir tahun bagi memastikan pentadbiran negara tidak tergendala, khususnya ketika berhadapan kecemasan.

Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) berkata, ketiadaan beberapa anggota Kabinet ketika negara berhadapan banjir besar menyukarkan agensi pelaksana untuk menjalankan tugas.

Kata beliau, berdasarakan pengalamannya membantu menguruskan situasi banjir di beberapa tempat yang terjejas teruk di Kelantan, kerajaan perlu memperbaiki prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.

“Saya sendiri cuba dapatkan bantuan tentera, namun tentera kata mereka kena menunggu arahan daripada pihak atasan. Tapi kata mereka arahan tak ada, mereka tak boleh nak hantar aset. Namun hakikatnya dalam isu banjir yang berlaku pantas, kita perlukan tindakan segera.

“Saya hubungi beberapa menteri, waktu itu ramai bercuti. Jadi saya nak cadangkan menteri kalau nak pegi bercuti, jangan semuanya longgok bulan 12.

“Bahagi-bahagi cuti di bulan satu, dua dan sebagainya. Kalau di hujung tahun semua tiga perempat menteri nak bercuti di luar negara, bila berlaku sesuatu banjir seperti ini ia akan menimbulkan masalah, melambatkan tugas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah sesi ucapan penggulungan perbahasan titah diraja oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim di Dewan Rakyat di sini, Khamis.

Selain itu, Annuar turut menegur mengenai isu agihan tugas agensi pelaksana dalam menguruskan bencana seperti banjir.

“Pada masa ini kita beri tugas kepada jabatan yang tidak ada kapasiti. Contohnya dengan memberi tugas logistik kepada JKM (Jabatan Kemajuan Masyarakat) sedangkan JKM di peringkat daerah…kereta dan van pun tak ada.

“Waktu banjir kami cari kenderaan sendiri. Nak salahkan JKM pun tak boleh sebab mereka memang tak ada aset.

“Urusan logistik yang tradisionalnya diberikan kepada JKM sudah tidak sesuai lagi. Kenapa tak beri kepada Kementerian Pertahanan,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Kabinet , menteri , cuti , Disember , Annuar Musa
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan