Tuduhan Afidavit Palsu: Mat Zain Enggan Kerjasama - Nancy

Diterbitkan: Khamis, 26 Mac 2015 5:36 PM

Nancy Shukri

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah bandaraya ini, Datuk Mat Zain Ibrahim enggan memberi kerjasama terhadap siasatan polis berhubung laporannya yang menuduh peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memfailkan afidavit palsu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Syukri berkata, tindakan Mat Zain mencabar kebenaran perintah menyiasat (OTI) yang dikeluarkan Jabatan Peguam Negara pada 3 Januari 2014 menyebabkan polis gagal menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.

“Pihak polis tidak mendapat kerjasama daripada Mat Zain untuk mengambil percakapannya. Pada 10 Disember 2014, polis mengeluarkan suatu notis mengikut Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah dan diserahkan pada 16 Mac 2015 kepada Mat Zain bagi memastikan kehadirannya untuk membolehkan percakapannya diambil.

“Pada 18 Mac 2015 Mat Zain hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, namun beliau mencabar OTI yang dikeluarkan pada 3 Januari 2014.

"Akibat isu ini, pihak polis masih gagal untuk merakamkan percakapan beliau dan kini masih menjalankan siasatan terhadap perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi jawapan bertulis kepada R. Sivarasa (PKR-Subang) yang meminta kementerian menyatakan status siasatan dan semakan diperingkat Peguam Negara berkaitan laporan Mat Zain.

Pada sesi perbahasan Dewan Rakyat minggu lalu, Ram Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) mempersoalkan kredibiliti Muhammad Shafee yang dikatakan sedang disiasat kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 199 Kanun Keseksaan.

Tegas Ram, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dituntut memberi penjelasan kepada Dewan Rakyat kerana menyembunyikan fakta berhubung siasatan terhadap Muhammad Shafee.


iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan