Status Kenaikan Tambang Bas Ekspres Masih Samar - Pengusaha

Diterbitkan: Khamis, 26 Mac 2015 10:40 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Status pelaksanaan kenaikan tambang baharu untuk bas ekspress masih samar-samar walaupun pengusaha bas mengadakan mesyuarat bersama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Seorang pengusaha bas yang enggan dikenali melahirkan rasa kecewanya sambil berkata, SPAD tidak mempunyai penyelesaian buat 25 wakil Persatuan Pengusaha Bas Pan Malaysia yang hadir pada mesyuarat itu, Selasa lalu.

"Mereka mengatakan kami perlu menunggu, memberi ruang kepada pihak yang lain dahulu," katanya.

Tambahnya, SPAD mendengar rungutan mereka sebelum mengatakan bahawa "mereka tidak dapat berbuat apa-apa".

"Mereka mengatakan mereka perlu mengikut keputusan kabinet," katanya.

Terdahulu, SPAD mengumumkan mengenai kenaikan tambang untuk teksi, kereta sewa, bas ekspres dan kereta api pada Khamis minggu lalu.

Bagaimanapun, Kabinet hanya membenarkan teksi untuk melaksanakan kenaikan tambang terlebih dahulu.

Pelarasan semula tambang bas ekspres dibuat kali terakhir pada 2009.

Pengusaha bas ekspres ketika ini mengenakan caj lebih 2.1 sen (atau 22.5 peratus) bagi setiap kilometer (km), dan tambang baru adalah 11.4 sen per km.

SPAD menasihatkan pengusaha bas ekspres tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.

"Mereka tidak mahu kami mendedahkan perkara ini," kata seorang pengusaha.

Dia juga berkata, pengusaha bas amat memerlukan semakan tambang kerana mereka memerlukan menangguh kos operasi lebih tinggi.

Jelasnya, subsidi minyak diesel kini sudah dimansuhkan, sekali gus kos operasi semakin bertambah terutama selepas kerajaan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai minggu depan.

Tags / Kata Kunci: SPAS , bas ekspres

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan