Ketua Menteri Melaka Kesal Tindakan Pemaju Tebang Pokok Tanpa Kebenaran

Diterbitkan: Khamis, 26 Mac 2015 8:12 PM

 Datuk Idris Haron

Idris Haron.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron kecewa terhadap tindakan pemaju hartanah di Melaka Raya menebang 17 batang pokok pada Rabu, yang sesetengahnya sudah berusia kira-kira 30 tahun.

Beliau berkata tindakan pemaju berkenaan jelas menunjukkan mereka mementingkan diri tanpa menghargai usaha kerajaan negeri untuk mejadikan Melaka sebagai Bandar Teknologi Hijau yang menjadi wawasan kerajaan negeri.

Katanya ia juga merupakan satu pencabulan undang-undang kerajaan tempatan di negeri itu dan pemaju boleh disenarai hitam sekiranya didapati bersalah.

"Saya berasa sangat kesal dengan tindakan pemaju berkenaan dan tindakan keras akan diambil terhadap mereka yang melakukannya.

"Mereka (pemaju) tidak menanam pokok yang ditebang itu dan bagaimana mereka bertindak untuk menebangnya," katanya dalam nada kesal kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Peringkat Menter-Menteri (Kebudayaan) ASEAN sebuah hotel di Bandar Hilir di sini Khamis.

Dalam kejadian pagi Rabu, sebanyak 17 batang pokok jenis palma dan kelat telah dipotong pemaju hartanah berkenaan yang dipercayai dilakukan antara 10.30 pagi hingga enam petang menggunakan kenderaan "skylift".

Idris berkata, arahan untuk tidak menebang pokok dengan sewenang-wenangnya tanpa kebenaran telah ditetapkan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri sebelum ini dan beberapa syarat dikenakan sebelum pemaju atau pihak tertentu dibenar melakukan penebangan pokok di negeri ini bagi aktiviti pembangunan.

"Mesyuarat telah membincangkan jumlah, saiz dan jenis pokok yang boleh ditebang dan ia perlu mendapat kebenaran," katanya.

Beliau berkata denda maksimum akan dikenakan terhadap pihak terlibat selain perlu menanam semula pokok yang ditebang itu.

Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Datuk Zainal Hussin berkata tindakan pemaju berkenaan menyebabkan pihaknya mengalami kerugian kira-kira RM450,000 dan tindakan mahkamah akan diambil kepada pemaju berkenaan.

Beliau berkata pemaju berkenaan juga diarahkan menanam semula pokok yang ditebang dengan nilai kerugian yang sama serta menyenarai hitam subkontraktor yang melakukan penebangan tersebut.
Tags / Kata Kunci: Idris Haron , pokok

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan