Dewan Rakyat: Kecoh 'Drama' Mahfuz

Diterbitkan: Khamis, 26 Mac 2015 8:15 PM

Mahfuz Omar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu menjadi ‘hero’ dalam isu kontroversi untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) diarah keluar daripada persidangan Dewan Rakyat pada Khamis.

Perlakuannya yang enggan mematuhi arahan supaya tidak membuat bising dan mengganggu sesi ucapan penggulungan memaksa Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ismail Said mengambil tindakan tersebut mengikut Peraturan Mesyuarat 44 berkaitan dengan kelakuan tertib di dalam mesyuarat.

‘Drama’ kekecohan Mahfuz yang berlarutan selama hampir 20 minit itu bermula apabila beliau mempertikaikan jawapan Menteri di Jabataan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkaitan pindaan tersebut.

Lebih keterlaluan apabila Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat menyifatkan Jamil Khir sebagai ‘menteri bacul’ kerana gagal menyatakan pendirian kerajaan berhubung pindaan Akta 355.

Terdahulu di awal kekecohan, Mahfuz mendakwa kerajaan menerima tekanan daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) berhubung pindaan undang-undang Islam itu apabila dikatakan sengaja tidak membentangkan usul mengenainya kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang bersidang pada 11 hingga 12 Mac lalu.

Mahfuz tidak berpuas hati dengan alasan yang dikemukakan Jamil Khir bahawa isu berkaitaan pindaan Akta 355 perlu melalui beberapa proses sebelum dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja.

Terdahulu Jamil Khir menjelaskan: “Kita dalam proses untuk bawa kepada Majlis Raja-Raja. Apa yang pasti memang kita tak kemukakan ketika mesyuarat Majlis Raja-Raja yang lalu.

“Bukan urusan jawatankuasa teknikal (berhubung pindaan) untuk bawa kerana ada kena mengena dengan urusan kerajaan…Jabatan Peguam Negara dan sebagainya."

Bagaimanapun Mahfuz tetap berdegil untuk mendapatkan pendirian segera kerajaan berhubung cadangan untuk meminda Akta 355 yang akan dibentangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) melalui rang undang-undang persendirian.

Sikap keterlaluan Mahfuz itu memaksa timbalan speaker berkali-kali mengeluarkan arahan supaya bertenang dan duduk tanpa mengganggu perjalanan mesyuarat.

“Saya tahu Yang Berhormat nak cabar supaya saya buat arahan keluar dewan. Ini alasan Yang Berhormat nak balik awal.

“Saya juga tahu niat Yang Berhormat nak jadikan isu kononnya saya selaku speaker beragama Islam tidak memihak tentang isu ini,” kata Ismail.

Sebelum itu, selepas mengarahkan Mahfuz keluar dewan, timbalan speaker memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat atas dua pertimbangan iaitu kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang ahli Dewan Rakyat lain dan tidak mematuhi arahan supaya tidak mengganggu persidangan.


Tags / Kata Kunci: Mahfuz Omar , hudud , Ismail Said , Dewan Rakyat , PAS

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan